KUALA KRAI: Seorang lagi kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini semalam meninggal dunia di hospital, menjadikan angka korban nahas itu kepada empat orang, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Kamarulzaman Harun.
Beliau berkata, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra, di sini.
Kamarulzaman berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta jenis Nissan March dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu telah masuk ke laluan kereta jenis Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sehingga menyebabkan kedua-dua kereta itu bertembung.
"Dalam kejadian ini, tiga mangsa di dalam kereta Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa (dalam Perodua Myvi) menerima rawatan di Hospital Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Seorang daripada dua mangsa dalam Perodua Myvi itu meninggal dunia di hospital, sementara mangsa yang terselamat dirawat di Zon Kuning hospital sama.
Dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Nissan March iaitu pemandu mengalami kecederaan parah dan penumpang pula mengalami kecederaan ringan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci," katanya.
Terdahulu, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 1.38 tengah hari semalam di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi semalam. - Foto JBPM/Sinar Harian
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh
Ibu mangsa tidak sempat menyelamatkan mangsa sebelum kanak-kanak itu terjatuh.
Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang
Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada 3.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditimpa dinding konkrit dalam pembinaan
Adik mangsa turut ditimpa batu-bata dinding berkenaan namun hanya mengalami cedera ringan.
Kanak-kanak perempuan maut, tiga cedera motosikal masuk parit
Motosikal itu dinaiki seorang wanita bersama tiga pembonceng terbabas masuk parit selepas dilanggar oleh sebuah kereta.
Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.
Kemalangan: Kanak-kanak maut, pemandu lori ditahan positif dadah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala bapa saudaranya parah setelah motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Chandek Kura, Langkawi.
Kanak-kanak 5 tahun maut tertusuk besi ampaian di rumah
Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Sabtu lalu.
Wanita tertinggal anak dua tahun dalam kereta dituduh di mahkamah esok
Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak" - Penggali kubur di Gaza
Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.